Tuesday, December 21, 2010

Kisah Char Kuey Teow

Assalamualaikum... 
Salam sejahtera, salam 1 Malaysia ( mat indon & mat bangla kalau nak jawab pun buleh la..walaupun bukan warganegara Malaysia)

Semalam aku n famili aku pegi makan CKT aka char kuey teow ( short form la der, panjang kot nak tulis char kuey teow). Entah macam mana tiba2, duduk tak duduk, kakak aku dgn baik hati dan murninya menawarkan diri untuk membelanja kami sekeluarga.


Kakak : "haa apa kata kita pi makan CKT, lama dah kan tak makan. saya belanja. nak2?" kakak aku sebut char kuey teow la brader, tak kan dia sebut CKT pulak, kang famili aku tak paham..

Ayah : " betoi ka shikin? jom.. ayah boleh ja.." ayah aku pantas menyahut cabaran kakak aku..( secara tak langsung aku terbagitau nama kakak aku) full name? pandai2 la korang cari..

Mama : "ok2, jom.. mama pun free ja sekarang" mak aku pulak on..

Aku : "laaa patut hari ni aiman dok rasa macam ada org nak belanja, jom la cepat, tunggu cangak lagi.." aku macam biasa, terus menyokong 100%..


Yeahhhhhh...! biasa la, org dah masuk gaji kan mestilah mengamalkan sikap suka menderma, suka buat amal jariah, kan kan kan? Kakak aku ni kalau  suruh dia belanja makan susah sket, kena tunggu dia offer.
Pastu tanpa tunggu lama, kami sekeluarga zasssssssss ke char kuey teow PERMATANG PAUH.
Perghhhh malam isnin pun, manusia berlautan ramai. Kat sini lah CKT paling femes, and ada 1 lagi, CKT SUNGAI DUA.. disebabkan aku baru saja melantak CKT Sg. Dua dgn membe aku minggu lepas, aku cadang la kakak  untuk pegi CKT PERMATANG PAUH..


Masa aku sampai, ada lah dekat 100 customers tengah feeling melantak CKT tanpa segan dan sillunya. ( erk, awat nak segan plak? hehe..) punyalah ramaaaiiiiiii, nasib baik ada jugak 2 3 lagi table kosong.. kalau tak, mesti rasa down..yela, pegi dgn excitednya pastu tiba2 takda tempat nak duduk.! potong stim arr.. 
Kat sini jugak yang bestnya, kita jugak buleh order SATE.. HAaaaaaaaaaaaaaaaaa!  kira tak bosan la dok mengadap CKT je, ada gak makanan lain.. And latest ( fuhhh, macam new arrival ar kat supermarket), ada jugak stall jual burger and ketang pusing.. perghhhh, rancak beb!

Niiii haa aku kasi tengok sikit gambar2 yang buleh melelehkan air liur saudara saudari sekalian.

Sluuurrrrpppppp... guurrlllppppp... errhmmmm... hehehe

"woi hang gila ka main api time2 camni"
"rilek la kawan, aku buat show sket kasi meriah majlis, haha"

Ini lah sate nyaaa.... nampak sedap kan..kan..kan?


AMARAN > jangan lihat gambar di atas ketika anda sedang lapar tahap menggelupur!

Jennggg! Dia ni pun sibuk nak masuk.. 

Kentang pusing.. aku ingatkan tak sedap, try makan sedap jugak. Kakak aku la ni ngada nak beli..

Masa aku makan2, aku usha la brader2 tukang masak yang berada tak begitu jauh dari table aku. Nak habaq bagi kat hangpa, depa ni keja macam mesin/robot. Non-stop gua cakap lu.. Tangan tak berhenti-henti menggoreng CKT tanpa rasa jemu, tanpa rasa penat, tanpa rasa malu..erk.. memang la tak malu laaa dah kerja depa.. haha.. Tengok pun kesian.. Tapi yela, dapat gaji kot.. bukan goreng saja..

CKT Permatang Pauh terletak di antara Sg Dua dan Seberang Jaya. So, tak jauh la bagi siapa2 yg duduk di area ni.. Aku pulak duduk di Kepala Batas. Naik hihgway 10 minit sampai la.. 
Siapa2 yg nak pegi tapi tak tahu jalan, buleh la tanya di kaunter pertanyaan Shell. ( try la tanya kot2 depa taw..) tak pun terus tanya aku.. ok? jangan segan, aku bagi direction paling cepat nye kat hangpa semua..  =)

Konklusinya, Char Kuey Teow Permatang Pauh memang popular dalam kalangan penduduk di Penang. Pegi lah tanya siapa2 pun, mesti tahu.. kalau tak tahu, dia maybe bukan penggemar makanan. dia gemar baca blog saja kot kan? hehe..

Orait, adioooosssssssssssss....

27 comments:

Anishaway said...

perenggan pertama jawab salam mat indon tak bole blah. ahaha (lawak)

ok awalawal pagi ni usha CKT kat sini buat terliurliur derrr, esok bekpes CKT ! (cargas)

;))

Syiela O-lala said...

walaikumsalam :)

hee apa nama kedai nih ek? umah nenek kami kat seberang jaya ja. tak lah jauh mana dgn permatang pauh tu

Ain Zulaikha said...

hehehehe pagi2 dah buat orang terliur dah yek... huhhuhu



hai, jgn lupa vote Ain Zulaikha.blogspot di http://bpm-undip2.blogspot.com/ tq sy xpaksa k :)

Halia Kentang @ Annpaan said...

wah, sdap nyer char kiuw tieow

Apple Sweet said...

mmg sdapp....CKT kt sg dua 2 sy pnh p sna mkn mmg org ramai....sllu p

HonEyBuNNy said...

perghhhh...chaw kuey tiaw tu sedappppnya.....nyum32...

Hyda said...

fuh......nasib tgk time kenyang...law time lapar, ade kang nnt suh tuan blog belanje haida..hehehee

Mra Mastura said...

nampak CKT sedap!! >.< nmpk kentang tu pun macam nak! waaa..nak g penang!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sedap nye

AIMAN said...

anishaway: yehh bekpes CKT pun buleh! cargas

syiela o lala: dekat permatang pauh je.. mmg dekat

ain zulaikha: datang la penang, sy bawak gi makan. hee.. orait dah undi

Halia Kentang @ Annpaan: hehe

apple sweet: sg dua pun sedap sama je dgn permatang pauh

HonEyBuNNy: sedap oooww....

hyda: hahah.. sila tgk time lapar

mra mastura: kentang tu seeedapp

rose: yup2..

nadzirah aqilah said...

haaaaaa.. lama giler x mkn CKT.. nak jugak!!!

Yellow LEOpard said...

sedapnye..huu

ayulunera said...

jauhnye kat penang.....fuhhh....laparnye....
brader tu macam nak bakar org je...heee

Lizzie Yasmin said...

pergh... sdp nya CKT... tambahan orang blanja lgi lar sedap...

Azreen Amran said...

CKT itu buat saya lapar!!!
dan sy sedang lapar sekarang
=='

athirah said...

makaihhhh.... pesal laaa dtg sini nmpk makanan... aduhhh~

Wan Gerrard said...

alamak, makann sedap mari~

anyss said...

Salam,
Nakkkkkkkkkkkkk jugak. Awatnya tak habaQ. tengah kebuloQ ni...ish! ish! ish! tadi tak makan lamam...pi jejalan blog orang malam ni penuh dengan citer makan huh! dugaan betul!

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Cikbelog said...

tetiba peyot ni bebunyik mintak CKT..heheee

Erin said...

i da pnh pegi! i da pnh pegi!!hehe..
sedaaaappp!!!
tetibe cam lapa la pulak...aish~~

Akram said...

mmg terbaik CKT kat permatang pauh ni...x penah lengang. mmg susah nak cari parking ngan tempat duduk kalo dtg cni...always full

::nuRuLaDHar:: said...

waahh sedap seyh, mmg telioq tgk gmbq CKT tuh..dah lma xmkn CKT der..wuwuwuu

tqaAwesome said...

aiman, hye ^_^
sedap nye. main secawan, eh sepinggan.
kat cni susah nak cari yg sodap.

Nieza Micha said...

woahh.. feveret nieza tu char kuew tiow... dah lame giler tak pegi penang...>.<

SnowladieS said...

eee! lapa ler -.-

AIMAN said...

jom kita buat rombongan gi makan CKT ramai2.. hee

ezzyra said...

CKT kt ctu mmg best...lma x p..