Haloooooooooo halooo haloooo....
Korang yang baca tajuk di atas jangan la berasa stress atau tension lebih2 pulak. Stress sikit2 tu cukuplah. Aku saja je tulis, nak bagi orang2 yang tak stress, jadi stress sikit. Yerla, takkan la nak biaq hangpa yang tak stress terus2 je gembira. Kena la rasa stress sikit. Haha..
Seperti anda sedia maklum, masuk bulan April menandakan kepada manusia berstatus student ( bukan berstatus janda mahupun duda) akan mengalami satu tekanan jiwa yang sukar digambarkan dalam sebarang bentuk luahan perasaan atau sebarang jenis tingkah laku, maknanya orang lain takkan faham seseorang sedang mengalami tekanan jiwa ( errrr, paham tak?) akibat daripada memikirkan PEPERIKSAAN yang akan datang.
Huuuuh, panjang lebaq ceq terangkan. Maklum la, semester ni aku ambik Bahasa Melayu sebagai subjek option. Ayat haruslah nampak gempak + bombastic. Erk..
Soooo, kebanyakan student macam aku ni akan jadi gelabah tak tentu pasal dengan hanya memikirkan FINAL EXAM yang bakal menyusul tidak lama lagi. Macam aku, final start 30 April nih. Unimap biasala, lambat sket dari uviversiti2 yang lain. Ada U yang dah start. Aku sekarang tengah study week la..
Bila pikiaq ja exam, aku jadi tak best.. Kalau orang lain macam hangpa pikiaq exam, hangpa jadi camna? Mesti gelabah, menggelupur, meraban macam orang hilang bini, ataupun pengsan? Haha..
Sebagai langkah mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan, aku ada tips untuk korang :-
1. Bangun pagi terus on laptop. On facebook dan post kat wall anda tulis "saya hensem dan kacak bergaya". Tunggu 2 minit, anda akan menerima pelbagai jenis 'pujian ikhlas' daripada kawan2 anda. Hal ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri anda agar lebih yakin dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan. Tidak percaya...?? Try buat sekali.
2. Hantar SMS kepada kawan2 anda mengatakan anda akan berkahwin minggu depan. Anda akan menerima reply message yang mengucapkan 'tahniah' kepada anda. Stress anda mungkin berkurang.
3. Keluar rumah dan cuba lintas jalan yang sibuk berhampiran tempat tinggal anda. Ketika melintas, anda buat2 yang kaki anda patah dan tak dapat berjalan.. Secara tiba2 cuba berlakon anda adalah seorang yang gila, anda terkinja2 dan tergedik2 di tengah2 jalan raya tersebut. Stress anda mungkin berjaya dikurangkan.
4. Amaran! Langkah ke-4 ni aku tak galakkan. Cuba buat2 gila dalam rumah sewa anda dan ketika itu kawan2 anda sedang tekun study sebab esok first paper. Try la buat anda bercakap dengan dinding, menyanyi lagu raya kuat2, main futsal dalam bilik ke.. Apa yang pasti, 5 minit kemudian anda akan berada dalam klinik. Kenapa? Hmmmm... sebab kawan2 anda berasa 'terharu' dengan tingkah laku anda, so dorang 'menghadiahkan' beberapa tumbukan 'manja' tepat ke muka anda. Oleh itu, stress anda dapat dikurangkan.
Oleh yang demikian, gunakan lah tips2 di atas dengan seelok-eloknya.. Jangan disia-siakan.. Rugi. Maklumlah, nak exam kan.. Haruslah kita berkongsi pandangan dan cara2 mengelakkan stress.. Hehee..
Sehingga kita berjumpa lagi...
Adioooossssssssss
Makan sedap yang free. Benda2 free mmg aku suka. Sapa yang belanja? nanti aku citer.. Ni pun hilang stress jugak.. =)
-
-
-
-
-
-
-
-
Buat2 'gila' depan gitar pon ok kot..? :)
*Nota AG : Aku jarang update sekarang sebab sibuk. Sibuk study? haha.. Entah. Macam2 jenis sibuk ada.. Lepas habis exam nanti, rajin kot nak update blog nih. Tata..
30 comments:
aku x setadi pon..so x stres sgt. harhar
bila stress makan je byk2 then truih tidoq
bagus betul tips tu :D
jangan stress ..relax..:)
hahahahha..semua tips langsung xleh pakai laaa. lg kena maki lg adelaa :p
DAH NAK DEKAT FINAL,LAPTOP DH MAKIN JARANG SENTUH.WUWUWU T_T
hehe..bagus tips neh...hilang strees kan..uhuhu...
jangan tension2....
cuba cakap cmne.."saya sangat suka exam"yeahhh..heheh
HAHA BOLE PULAK MCM TU AE. AKAN KU AMALKAN SUATU HARI NNT. HAHA
ahahaha.. kalau smpai wat langkah2 gila tu, mau kena lempang ngan member2.. heheh..
kalau aku mase nak exam sehari boleh 5 6 kali updatye sebab stress haha
Hahhaa....aku suker..aku suker cara2 ko nak hilangkan stress tu..nanti aku cuba buat...tapi nanti kalu aku buat yg no 2 tu..aku sms kat wife aku yg aku nak kawen minggu depan...almaklum bertambah stress la aku hehehhee...
hahahaha...pilihan terbaik untuk release tension...nice info...:P
haha..okai jugak tips pertama tuh hehe..nak try lahh >.<
bleh r try tip2 tu..
tips2 yg bisa membuatkan kita memperoleh lempangan2 dr org sekeliling... ish3
tau xpe.. bile study week je confirm stress..bile stress ape agy online je la. hee.. gud luck eh final exam XD .. wish me too.. :)
hahaha aku suka yg no1 tu..
ngan no 4..mmg duk serumah pun..
mmg belasah cukup2 haha
haha no 4 terbaik !! :P
wahh unimap jgk ek sama dgn ezma kembar sy.. ^^
hahaha
tak payah nak stress sangat lah
study week minggu paling seronok kut
masa study week tak study pun, sebab macam tak de study week.. asik banyak kelas je.. hehe
pergghhh tekanan jiwa dan raga...huahuahua...tau takpe...
stresssssssssss.. tak study pun lagi =_=
btw, gud luck yeaaaa...
ohoiii, muka cam familiar je..mana aku pnh nmpk ko ea?
entry aku pulak pasal meniru.. hahhaa...
gud luck aiman..stdy smart..xyh tension2..ehhe
g study nuh...
ape dok main blog lg nie???
all the best exam..=)
aiman.. ak nak tambah tip sikit... kalo x leh study sangt.. n nak cari ketenangan... p telan air kat timah tasuh tuh.... give fresh energy 4 u.. hahaha
haha.. bleh tahan gak tips2 tu.. tp, xleh pakai arr.. makin stress lak jadinye..
p/s: all the best!
xyah study...
Post a Comment