Sunday, June 26, 2011

Kerja 24 jam, demi kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam 1 Malaysia to all readers. Sudah berbulan aku tak update blog ni. Maybe sebab busy dengan kerja2 luar (jaga budak, tengok budak, mintak sedekah, penceramah bebas). Sampaikan aku dah tak reti nak karang ayat. Jadi kekok & tak taw...tak taw... tak taw la... heh.

So, sebagai bukti aku busy (yerla kena ada bukti satgi ada pulak suara2 tak puas hati kata aku sembang john) aku sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda. kalau tak maw tatap takpa, tengok sat dah la.  :P

2 minggu lepas, aku and team UniART telah join IPMArace anjuran Mara di Melaka. Kali ni tuah tidak memihak kepada kami kerana tak berjaya nak mengulangi kejayaan macam dalam Formula Varsity tahun lepas. Tapi takpa, kami tak mengalah lagi. Awal Julai depan ada lagi 1 race kat Pasir Salak, Perak. EIMArace anjuran UTM. Kami target podium untuk race nih. Doakan kejayaan kami.  :)




IPMArace held in Malacca International Motorsport Circuit (MIMC), June 2011.


 UniART1 (kanan),   UniART2 (kiri)





 Last preparation before bertolak ke Melaka





 Paling kiri tu Syed Fais, awex ramai gila.






 Malam free run, setting keta cun2





 Letih kerja, ambik gambaq dulu sat





 Sila sengetkan sikit kepala anda. Aku malas nak rotate. =)





 Tension. So ini hasilnya






 22 buah kereta lumba (custom, hand made) menggegarkan litar. (takda la gegaq mana pon)






 Adik kepada UniART1. This is a very mean machine. ( tengok nama sebelah kiri, :P)



Ambik masa hampir 4 bulan untuk menghasilkan kereta kejam ni. (kejam kah? manja je kot)  Memang penat. Penat gila. Siang malam, pagi petang, subuh maghrib dok kat bengkel demi UniART 2. Tetapi kepuasan hanya dapat dirasai bila tengok kereta ni memecut laju dengan ngauman enjin yang mampu menggetarkan taik telinga.  =)



Nota AG: 1, 2 Julai nanti datang la ramai2 ke Litar Dato Sagor, Pasir Salak, Perak untuk menyaksikan perlumbaan terganas abad ini, EIMARACE. Sama2 kita meriahkan industri permotoran negara. Adios..











Tuesday, April 19, 2011

Study Week - Tekanan Jiwa Raga

Haloooooooooo halooo haloooo....

Korang yang baca tajuk di atas jangan la berasa stress atau tension lebih2 pulak. Stress sikit2 tu cukuplah. Aku saja je tulis, nak bagi orang2 yang tak stress, jadi stress sikit. Yerla, takkan la nak biaq hangpa yang tak stress terus2 je gembira. Kena la rasa stress sikit. Haha..






Seperti anda sedia maklum, masuk bulan April menandakan kepada manusia berstatus student ( bukan berstatus janda mahupun duda) akan mengalami satu tekanan jiwa yang sukar digambarkan dalam sebarang bentuk luahan perasaan atau sebarang jenis tingkah laku, maknanya orang lain takkan faham seseorang sedang mengalami tekanan jiwa ( errrr, paham tak?) akibat daripada memikirkan PEPERIKSAAN yang akan datang.
Huuuuh, panjang lebaq ceq terangkan. Maklum la, semester ni aku ambik Bahasa Melayu sebagai subjek option. Ayat haruslah nampak gempak + bombastic. Erk.. 

Soooo, kebanyakan student macam aku ni akan jadi gelabah tak tentu pasal dengan hanya memikirkan FINAL EXAM yang bakal menyusul tidak lama lagi. Macam aku, final start 30 April nih. Unimap biasala, lambat sket dari uviversiti2 yang lain. Ada U yang dah start. Aku sekarang tengah study week la..
Bila pikiaq ja exam, aku jadi tak best.. Kalau orang lain macam hangpa pikiaq exam, hangpa jadi camna? Mesti gelabah, menggelupur, meraban macam orang hilang bini, ataupun pengsan? Haha..




Sebagai langkah mengurangkan tekanan menghadapi peperiksaan, aku ada tips untuk korang :-


1. Bangun pagi terus on laptop. On facebook dan post kat wall anda tulis "saya hensem dan kacak bergaya". Tunggu 2 minit, anda akan menerima pelbagai jenis 'pujian ikhlas' daripada kawan2 anda. Hal ini sedikit sebanyak akan memotivasikan diri anda agar lebih yakin dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan. Tidak percaya...?? Try buat sekali.

2. Hantar SMS kepada kawan2 anda mengatakan anda akan berkahwin minggu depan. Anda akan menerima reply message yang mengucapkan 'tahniah' kepada anda. Stress anda mungkin berkurang.

3. Keluar rumah dan cuba lintas jalan yang sibuk berhampiran tempat tinggal anda. Ketika melintas, anda buat2 yang kaki anda patah dan tak dapat berjalan.. Secara tiba2 cuba berlakon anda adalah seorang yang gila, anda terkinja2 dan tergedik2 di tengah2 jalan raya tersebut. Stress anda mungkin berjaya dikurangkan.

4. Amaran! Langkah ke-4 ni aku tak galakkan. Cuba buat2 gila dalam rumah sewa anda dan ketika itu kawan2 anda sedang tekun study sebab esok first paper. Try la buat anda bercakap dengan dinding, menyanyi lagu raya kuat2, main futsal dalam bilik ke.. Apa yang pasti, 5 minit kemudian anda akan berada dalam klinik. Kenapa? Hmmmm... sebab kawan2 anda berasa 'terharu' dengan tingkah laku anda, so dorang 'menghadiahkan' beberapa tumbukan 'manja' tepat ke muka anda. Oleh itu, stress anda dapat dikurangkan.




Oleh yang demikian, gunakan lah tips2 di atas dengan seelok-eloknya.. Jangan disia-siakan.. Rugi. Maklumlah, nak exam kan.. Haruslah kita berkongsi pandangan dan cara2 mengelakkan stress.. Hehee..

Sehingga kita berjumpa lagi...
Adioooossssssssss




Makan sedap yang free. Benda2 free mmg aku suka. Sapa yang belanja? nanti aku citer.. Ni pun hilang stress jugak..  =)

-
-
-
-
-
-


Buat2 'gila' depan gitar pon ok kot..?  :)




*Nota AG : Aku jarang update sekarang sebab sibuk. Sibuk study? haha.. Entah. Macam2 jenis sibuk ada.. Lepas habis exam nanti, rajin kot nak update blog nih. Tata..


Saturday, April 9, 2011

Ekspidisi Gunung Irau 2011

Halloooooooo everybody... Assalamualaikum dan salah sejahtera. Salam 1 Malaysia..

Seperti yang aku janjikan dalam post sebelum ni, aku nak story tentang pendakian aku bersama kelab kembara Unimap menawan puncak Gunung Irau.. Gunung Irau terletak di Cameron Highland bersebelahan Gunung Brinchang. Sebelum ni tak pernah pon aku pegi mendaki gunung. Abes kuat aku pernah hiking kat Taman Negara Pulau Pinang je.. Kali nih ambik hang, pi mendaki gunung terus. Haha.. Cam mana tah, aku & geng boleh terpikir nak pegi mendaki. Maybe nak try something new, hee.. 

Selalunya time weekend, kitorang akan lepak2 minum, main bola, main badminton, main PES.. Hiii.. Ubah selera la pulak. Buat benda yg ganas sket. Gunung ni terletak kat Cameron, so memang sejuk la. Waktu malam kesejukan mencapai tahap gaban. Tahap gaban tu gua cakap lu, memang lu takkan dapat tahan kalau lu tak pakai sweater. Maybe lu akan freeze macam dalam peti ais.

Aku tak nak citer panjang. Jom tengok gambar2..  =)

Di  R&R  Tapah.. singgah minum sat

-
-
-

4 am. Brinchang. Sejuk gila

-
-
-

8 am. Kaki gunung. Ready nak mendaki

-
-
-



-
-
-

Benti relax2 sat.. penat kot..

-
-
-


Berjaya tawan puncak Irau. 2110 meter. Puas. Hahahaha

-
-
-


Mendaki pada dahan2 pokok. Kaler hijau. Macam dalam avatar woahh.. heh

-
-
-



-
-
-

-
-
-


-
-
-


-
-
-


Atas menara pemerhati, puncak Gunung Brinchang. Puncak ni nain dgn keta buleh, tak payah daki

-
-
-

On the way turun dari kaki gunung. Lalu tepi ladang teh BOH. Nice view.. damai wei..

OK. Selesai semua. Dah siap , jalan2 area Brinchang

Pergi dengan sebiji bas, bertolak malam Jumaat sampai pagi Sabtu. Bertolak pulang ke Perlis petang Ahad.. Sorang bayaq rm70. Berbaloi.. Makan + baju sehelai.  :)
Inilah kali pertama aku daki gunung. Penat memanglah penat, tapi best.. Pengalaman yg berharga. Pasni kalau ada lagi trip, aku rasa nak join lagi.. he.. 

Hangpa yang tak pernah2 lagi daki gunung, aku sarankan try la sekali. Baru taw betapa 'nikmat'nya.. hahah.
Tambah pulak kalau time daki tu hujan, main la lumpur banyak2..

Ok, adiossssssssssss......


Nota AG : Maybe pasni aku nak daki Kinabalu pulak. Ada berani? jom2..