Wednesday, December 15, 2010

ENTRI 1st blog aku (exclusive)



Assalamualaikum(for muslim readers) dan salam sejahtera.


Wahhh aku rasa teruja sebab 1st time tulis blog, & yang ni adalah julung2 yang teramat julung kalinya aku menulis blog secara rasmi. Rasa cam tak percaya pun ada, sebab sebelum ni aku dok baca blog2 org lain je. Yelah, kalau dah bosan main facebook, aku buka Soccernet pulak (website pasal bola bagi girl readers yg tak taw apa itu Soccernet), pastu baca Kosmo, pastu... pastu haaa baru baca blog. Sebab dah bosan kan tak taw nak buat apa depan laptop nih, baca jelah blog sapa2 pun. Ada beberapa alasan kukuh kenapa aku bikin blog aku sendiri:

1. Kalau korang perasan la, waktu aku start buat blog ni adalah time semester break = Disember. Seperti korang sedia maklum, time sem break kalau dok rumah goyang kaki saja tanpa kerja, memang tahap kebosanan itu berada tahap melampau atau bahasa lainnya tahap cipan al-gaban. Memang bosan gila ahh.. Larat la nak nak main game saja, nak online saja, nak keluar tiap2 hari melepak tak tentu hala. So, kesimpulannya aku hasilkan lah karya agung ni = REALITI ATAU FANTASI. Agar kebosanan aku dapat dikurangkan.

2. Aku tengok ramai gak membe2 aku yang ada blog. So why not aku pun buat sama meriahkan suasana blogging nih. Hahahak. Kan2? Ye ar, aku pun nak menulis2 gak. Tak kan la nak main futsal, game saje. Kena gak la aku ni jadi celik IT. Walaupun aku ni malas type, aku gagahkan jugak otak aku suruh type. Gigih gila aku. Pulun. Giat. Haaaa ambik. Haha.

3. Untuk tambahkan pengetahuan aku dalam dunia internet. Dgn blogging, aku rasa ( aku rasa la dan harap2la) ilmu aku dlm dunia komputer & internet bertambah sebab bila blogging aku akan ngadap laptop, bila ngadap laptop aku buka internet, bila ada internet aku online, bila online haaaaaaaaa kat sini la pointnya, bila online sah2 la aku jadi celik IT. Semua maklumat terkini akan masuk kepala otak aku kan...

4. Sebab yg ke-4 ni memang yang paling logik akal la. Rumah aku kat penang ada internet, kolej aku kat unimap ( aku UniMAP ya, hee) pun ada internet setiap masa. So, aku harus la ambik kesempatan nih. Kalau x buat apa2, kang org kata kufur nikmat pulak. Haaaa kan. Rugi je la internet laju2, pastu online FB je. Rugi2..

5. Hoooooooohhhh.. panjang gak la aku tulis nih. Apa lagi ek? Sat nak pikiaq ( aku org utara la katakan), hmmmmmm.. haaaaa sebab aku nak kenal ramai org kot. Buleh ar aku baca2 blog org, org tu baca blog aku balik.

Sekian lah alasan2 aku yg aku dakwakan kukuh. Kukuh tak? Rigid tak? Logik tak? plz la jawab YA, kalau tak aku down kang. hahahhaaa..


Gambar di atas adalah aku. Bukan pak aku, bukan sepupu aku. Sekali lagi, AKU.
Muka aku sedikit bangga dlm pic ni, tak taw apa punca. Maybe sebab teruja 1st time.
Hahahahha.

Dan utk makluman korang, segala penulisan dlm ni aku gunakan Bahasa Melayu baku ( tak de la baku sgt, adess) yang di edit ke bahasa melayu moden ( hahahahahaa jahat tak? suka hati aku arr) dan jadi lah macam apa yg aku tulis seperti di atas. Kiranya takde la skema sgt, & takde la serabut sgt. Sesuai utk semua golongan masyarakat dan bangsa. 1 Malaysia la kot. Dan aku guna jugak bahasa rojak, mix.. Macam dlm drama2 kat TV sekarang.

OKEY lah, di sini sahaja aku ada tenaga nak type. Dah lenguh jari & idea kering. Tata......

5 comments:

Dilo Dolli said...

yeah! ak 1st folow hg!
walaweh adib. maju da skg ni.keep it up!
caiyok2!! ak sapot hg. ajen2 la update blog. follow2 owg len sama. nnt jgn lpa ltk chat box. bleh kta smbg2 kt sna. hik3

kiLaLaLa said...

da folow u...
heee..
btw..
do vote me here http://bpm-undi.blogspot.com/ at number 322..belog baru[2010] pilihan 9 boleh? heee

AIMAN said...

dilo dolli: ahhhaha, gile la weh. ntah camna tergerak hati aku nak buat bendalah ni. aku baru2 nak blaja ni. nanti hg tlog ajar aku ea.. haha
chatbox pasni aku letak

kilalala: ok.. thx.. :)

erniemusliana said...

yehh aku sapot ang gakk...:P

AIMAN said...

yehh tengkiu.. ;)