Sunday, February 20, 2011

Perbezaan antara Pelajar Sekolah dan Pelajar Universiti


Helooooooooooooooooo everyone.  =)

Apa kabaq..? Harap korang sihat2 belaka la yer. Aku tak berapa nak sihat, demam + selsema sket2..Tension jugak.. Asyik2 ada je air nak meleleh dari hidong aku nih.. Rimas. Pastu lidah aku tak rasa sedap makanan yang dimakan..erti kata lain kurang rasa nikmat makanan..dalam makna lain, makanan yang sepatutnya sedap bila dimakan akan jadi tak sedap. Paham tak? Err.. hehe..

Ok, berbalik kepada tajuk di atas : Perbezaan antara Pelajar Sekolah dan Pelajar Universiti. Pelajar sekolah ni seperti yang diketahui umum adalah dari darjah 1 sampailah ke tingkatan 5 (tingkatan 6 pon sekolah jugak naa..) dan pelajar universiti nih memang orang tau dah semua jenis tua2 belaka.. (tapi aku muda je, heh)..

Sooo, melalui pengalaman aku dan jugak melalui pemerhatian aku dari darjah 1 sampailah kat mana aku berada sekarang iaitu di tahap universiti, berbagai2 jenis tabiat, tingkahlaku, gaya percakapan, gaya hidup dan macam2 lagi.. Antara perbezaannya :




PELAJAR SEKOLAH :
- Kalau hangpa tengok budak sekolah rendah terutamanya yang darjah 1, darjah 3, beg sekolah depa macam beg nak pi hiking gunung. Dia punya besaq, sama besaq dengan tuan punya beg. Pastu isi buku yang tah apa2 banyaknya berat sampai berkilo2..Tengok kesian pulak budak yang masih kecik kena galas beg besaq gedabak macam tu.

PELAJAR UNIVERSITI :
-Student tahun 1, beg galas belakang. Student tahun 2, beg sandang tepi. Student tahun 3, bawak lecture notes dalam file, ada la kertas kosong 2 3 helai, kalkulator dan pen sebatang. Student tahun 4, tak bawak apa2 pergi kelas, just paw kertas kosong kat kawan2 dalam lecture hall. 
Hangpa tengok, punyalah pemalas nak bawak beg. Tapi takpa la kot paw kertas kawan2, atlis ada effort nak salin notes.

~
~
~
~
~

PELAJAR SEKOLAH :
- Duit saku budak darjah 1 = RM1. Duit saku budak darjah 6 = RM2. Duit saku budak form 5 = RM 3. Kan seronok jadi budak2, jimat duit. Makan kat umah pon parent tanggung lagi.

PELAJAR UNIVERSITI :
- Duit sehari belanja = tak tetap. Hari ni makan nasi lauk ayam + teh o ais = RM4.50. Esok ubah selera makan nasi beriyani lauk ayam madu + milo ais = RM7. Lusa pulak, advance sikit makan KFC dinner plate + cheesy wedges = RM10++.  Hari berikutnya mengada nak jadi orang kaya makan kat secret recipe = 20++..
Haaa maw tak maw, sehari duit belanja RM5++ atau boleh jadi RM20++.. Perghhhh.. Bankrupt.

~
~
~
~
~

PELAJAR SEKOLAH :
- Darjah 1, belajar 1 tambah 1 = 2. Darjah 6 belajar bahagi, darab. Form 5 belajar add math yang boleh peninkan kepala..belajar fizik.belajar kimia, belajar sejarah.. Okey lagi, takda lah susah sangat.. Kalau susah, belajaq pulun sikit, nanti boleh la tackle soalan.

PELAJAR UNIVERSITI :
- Student sastera, belajar  bahasa yang berbelit2 yang tah apa2 kalau aku baca aku pon takkan paham. Student undang2, belajar undang2 yang kena hafal berjela2.. Student medik, kena hafal jugak sampai biul kepala hotak. Student engineering, belajar subjek engineering eg. Thermodynamic.. kalau dah tak paham sangat, tutup buku pastu buka laptop main game. Solution yang tepat..hehe..

~
~
~
~
~

PELAJAR SEKOLAH :
- Budak sekolah nih still malu2 nak kapel atau nak jalan dengan awex sebelah2.. itu untuk sekolah rendah la. Kalau sekolah menengah, ada yang malu nak jalan dengan awex dia, dan ada jugak yang tak malu nak show off awex dia.. 

PELAJAR UNIVERSITI :
- Kat universiti, rileks je jalan dengan awex dan boifren masing2. Tanpa segan dan silunya.. kalau yang 4th year tuh, fuuuuuhhhh lagi la.. jalan kalau boleh tak nak berenggang. Makan sekali, study sekali, pergi kelas sekali. Tambah2 pulak kalau yang 1 kelas, hari2 tengok muka sampai bosan. keh3..



Dengar tu kome.. hihi



*Nota AG : Kesimpulannya student universiti stylo..! haha.. serabut + assignment bertimbun + pokai

25 comments:

KELI OH KELI said...

nice topic!sinis tapi bermakna kepada yg nk berfikir!

Fadzli Amir said...

Budak sekolah- makan mak bapak tanggung

Budak U- makan pun utang dulu...PTPTN

Budak sekolah- Tak bangun pagi, parent marah, bising2

Budak U-bangun tengahari, ponteng kelas, takde siapa pun bising

CIK IMAKASIHDANI said...

hahahhah..sgt setuju,dari awal sampai akhir ayat u :)

tulus sweet said...

makin besar makin banyak hingus.huhu

.: lalala :. said...

nice entry! :)

~epahblossom~ said...

menarik topik..hey,get well soon ok!

asybedazzle said...

terkena sikit tempiasnye. haha

tomato said...

hahaha ! sokong weyh ! yg last tu semua nak sekali..meluat..hehe :P

nur aisya humaira said...

best laa time study u...enjoy punye life...aduhhss,teringat seiyhh..:)

ezzyra said...

ayat pling bwh 2 aku stuju..hahah

misznanarizal said...

macam kena batang hidung jer..hahaha..especially bab makan tuh.. =)

Amira Naddia said...

bab kapel tuh takde beze la antare dak skola or dak U.. dak skola lg tak bertamadun adelah..cis~ generasi sekarang da rosak!

PinkLuscious said...

haha..trase cket part notes tuu

Solihin Zubir said...

haha.. terkenang plak zaman skolah rendah dulu..
rsa nk kembali ke masa silam..
nostalgianya..

cikblurr said...

hahahha...stuju sgt dgn entry nih...lau zaman kolah dulu2 rajin ja stadi sebab parents slalu chek keja skolah..tapi zaman u nak buat assgmen pun malas..las minit baru terhegeh2 nak wat..hahaha...

Amirrah Zawani said...

hahaha!! zaman dah berubah..
eyh i kapel sekelas.. tapi tak busan pun :D

Nur Izzati said...

topic yg mnarik!

** sy tag aiman 4 pencarian blog paling cantik & hensem 2011.. klau rajin join lerr.. ^_^

Wan Gerrard said...

makin tua makin bijak kot :P

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da join awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/mesti-tengok-seriussumpah-lawak.html

Miss Nurul said...

hat makan secret recipe 2 aku xsetuju ah...anak kaya leh la p mkn SR tiap2 mggu..xpun bdk JPA =p

wanacesh said...

sokong 100%,,,nmpaknye aiman nh cter psl diri sendiri ker,,ha3,,beg msa sek berat gedabak sbb bwk buku teks,,x bwk kena rotan n bdiri mcm pengemis kat luar =(

aleen aiden said...

mase skola dulu salu mengelat letak buku teks bwh meja.so xdela nak kene bwk beg berat tetiap hari.hee

meaw said...

hahahahaa! tah-tah student uni awak eh,hehehe.....yang malas bawak beg p kelas tu u la :P

nelly said...

nampak perbezaan ~

Mata Pena Fadz said...

jurang perbezaan yg besar.....