Thursday, December 16, 2010

Bola dan Keghairahan !!



Gol ke-2 Malaysia (keeper Vietnam kena ollei tu bai, ollei=bola masuk celah kangkang,ha3)

Sekarang tengah panas citer pasal bola. Piala AFF SUZUKI 2010. Tambah2 pulak selepas negara tercinta kita, Malaysia menang 2-0 dalam game separuh akhir pertama (1st lg) menentang team Vietnam. Aku tengok game dari mula sampai abes. Kul 8 malam aku dah pacak depan tv channel 813 ( aku try tgk RTM, laaa tak tunjuk ropanya, depa buh berita. tak semangat la der RTM), menunjukkan aku agak semangat walaupun sebelom ni memang x penah minat game melibatkan Malaysia KECUALI ( erk, ada pengecualian ya) kalau game tu quater-final, semi-final, ataupun final. Haaa bukan tak tengok langsung kan, tengok jugak. Alaaa cam liga2 dlm Malaysia la, takkan setakat group stage org pakat pulun berduyun2 pi stadium. Kena la final dulu, baru org kita pi sampai nak pecah stadium. Dah jadi macam tradisi. Yela, bila final2 nih, semangat dia lain sikit.
Berbalik ke AFF SUZUKI CUP 2010, 1st half takde gol. Ahhh tension + stress la aku. Aku tengok game nak tengok gol, baru adrenalin naik. Kan3? Ada la rasa excited bila gol. Memang bosan la. Masuk 2nd half, Safee buat gol. Header (tandukan) tajam + laju punya bola. Free kick pun cantik punya.. Mau la kawan tak semangat nak tanduk. Pastu minit 80 sumbat lagi 1 gol. Keeper Vietnam cekup tak sempoi, bola pantul. Pastu Safee ( dia lagi, pulun sangat aih hang!) juz tendang bagi masuk.
Menang 2-0. Puas hati ulu hempedu aku. Tak rugi aku spend 90 minit cangak depan TV.

Striker yg boleh diharap, syabas!


Jersi baru team Malaysia. Aku cari kat Padang Besaq takda lagi. Hurmmmm.

Malaysia 2010/12 Nike Home and Away Kits / Jerseys
"malam ni kita pi pekena char kiew teow weh, amacam?"
"orait, aku pun bosan la dok jadi model jersi ni"
"ampa plan baikkk punya! sayang hampa suma"


DAN, mengenai team EPL kesayangan aku iaitu LIVERPOOL, kini berada di tangga yg agak memalukan, (siyes aku rasa cam nak jadi coach pulak, Roy Hodgson taktaw la apa yg dia buat) tangga ke-9 league! Arghhhh... wadefak. bodo. Patutnya last game against Newcastle United buleh je nak menang, tapi pasai apa ntah tak buleh2 jugak nak menang. Torres tak menjadi pulak. Time hang lawan Chelsea itu hari hang buleh lak buat DUA gol. Haiiiiyaaaa manyak langsi maaaa, tarak ong meh.. 
TETAPI walau apa yang terjadi, liverpool tetap di hati. Sejarah liverpool lebih hebat. hehehehhe.. bangga cek sat naaa.. 18 TITLES, 5 EUROPEAN CUPS. Sekarang ni maybe liverpool hilang sentuhan dan rentak. Sejak Xabi Alonso blah dari Anfield ( anfield adalah main stadium liverpool), bahagian tengah & pertahanan cam longlai. Tinggal Gerard dok pulun2 sorang, passing sorang2, through ball sorang2 (hahahhaaa ambik hang Gerard, sapa suh pulun sorang2). 
Xabi Alonso ketika zaman kegemilangannya bersama Liverpool sebelom beliau blah ke Real Madrid.

Liverpool perlukan dana atau peruntukan yg besar sekarang untuk nak bayaq segala mak nenek hutang piutang ( hutang bil letrik stadium ka wei?) dan SANGAT perlukan duit nak bawa masuk player2 baru yang lebih berkualiti. Especially position for midfielder and striker.
 Fernando Torres really needs a second striker (SS) in order to assist him during the play. 
Torres as a Center Forward (CF) plays in a very nice tactical BUT he claims he cannot play well without beautiful through ball from wingers and midfielders behind him. 
Haaaa point ni la yg menyebabkan Torres susah nak sumbat gol. 
SooooooOOooo, plz and plz la liverpool, beli la player baru yg ganas2 sket. Aku sangap dah ni nak tengok liverpool jentik2 team lain dalam saingan EPL.

Latest main squad. Hodgson there.


Key players.

Inikah bini Fernando Torres??  korang cari la snirik jawapan die


"Ahad depan macam biasa, kita ejas futsal kat Semarak woi"
*semarak ialah court futsal kat kolej kediaman aku di UniMAP


"hang jangan dok buat gila arr, baru masuk main cermat sket"
*left, Alberto Aquilaini(dah blah)  right,Lucas(usha seluar dia)



Torres!



9


Kalu sembang bab bola sampai esok pun tak habis. Okes, nanti2 aku citer lagi.

SEKIAN, assalamualaikum....

13 comments:

Apih El Nino said...

First team aku Real Madrid, second baru Liverpool. So aku suka+sedih bila Alonso tinggalkan The Kop. Tapi Meireles boleh harap. Kuatkan defend dan cari back up untuk Torres je. Aku taknak tengok Torres pulak tinggalkan Anfield. Tak sanggup nak tengok dia pakai jersi laen selaen Liverpool.

AIMAN said...

Yup, Meireles aku tengok pun dah bleh take over position Gerard. Torres pun cam nak blah je.. hm

adqayyum said...

datan follow sambil baca n3...folo balik ye

M[i]$Z[a]C[k] said...

owh.. dak unimap ea.. patut p cari jersi kt padang besaq.. xpe.. tggu jap taun depan sure stock baru smpy.. hehe ;)

KINA said...

congratesssssssssss malaysiaaaaaaaaa!!

AIMAN said...

adqayyum: dah folo.. lawat2 la lagi

M[i]$Z[a]C[k]: Unimap olweys.. haha.. haah, nak tunggu stok 2011

KINA: yehhhh idop malaysia!

Anonymous said...

gol kedua bola dua posen hehe..

Miss b said...

hai jejake bola

saye folow awak. hihi

Ain Zulaikha said...

malaysia menang.. heheheh satu kebanggaan utk semua rakyat malaysia.. hehe pdahal sy tak suka bola.. hahaha

tiafazunia said...

arghh! xminat bola ahh!
hehe!

azieda razak said...

yeee... malaysia menang...

mira_nas said...

huhu.. excited lak tgk Msia menang semalam

AIMAN said...

myaby: saya x minat bola saje, mcm2 benda lain lg yg minat.. heh

Ain zulaikha: saya pun bangga ler.. :)

tia: tawu dah. girl x minat

azieda: ye2.. haha

amira: tunggu next game. 2nd lg