Kepada sesiapa yang pernah jenguk blog aku sebelom nie, korang akan perasan sesuatu telah berubah.. Totally changed..! Blog aku yang baru berusia nak masuk sebulan, telah mengalami sedikit perubahan, tak banyak pon kawan2.. HEADER blog nie yang berubah. Yerla, dah sebulan kan.. Aku sebagai blog owner aka tuan tapak telah berasa sangat bosan dengan header lama.
Buka tiap2 hari, atas sekali gambar yang sama.. mana tak bosannya.. Dan header lama sedikit kontroversi, aku telah menerima sedikit banyak kritikan ( orang yang kritik sikit je, orang yang puji kata mengancam banyak!)
Ada yang cakap header lama aku sexy, tapi aku mengaku la memang sexy pon..heh. Ada yang cakap menarik.. Sexy tu maybe sebab ada..errr korang tengoklah sendiri.
Actually aku main rembat je buat header lama tu..baru start blogging kan, mana nak ada idea gempak2 nak buat header power macam blogger2 otai..
So, untuk melenyapkan segala bagai kontroversi yang melanda jiwa dan lara, aku mengambil keputusan drastik (takde la drastik sangat, aku buat on the spot + cincai2 je..) lalu tekad menukarkan header aku kepada yang baru. Header baru aku berkaler2, besar sikit daripada yang lama, dan paling penting sudah tidak kontroversi lagi..
Header lama yang buruk
WAJAH 'suka' PERGI KELAS. Seperti yang diketahui umum, Januari bermaksud segala jenis perpindahan akan berlaku tak kira di mana2 tempat sama ada di utara, selatan, timur, barat, malah di celah2 mana pon, akan nampak segerombolan orang muda akan mengangkat beg2 yang besar gajah. Haihhh nak pindah pi mana tu..? mana lagi bro, pindah nya bermaksud balek ke pangkuan jalan yang benar la aka pulang ke kolej atau universiti. Hahahaha.. padan muka hangpa semua (termasuk la aku..sob3).. Januari bererti manusia yang bernama murid bin pelajar bin suka belajar bin ada yang terpaksa belajar akan memulakan sesi semester baru.. Arghhhhhh.... Gila tak best kan.. Dah seronok cuti sebulan lebih, kena masuk kelas dengar lecturer berleter.. What the...$@#$%.. hehe.. Tetapi nak buat macam mana kan, jadi tanggungjawab kita..
Aku nih lagi2 la malas nye nak habaq mai.. Unimap nie universiti dia besaq bagak.. hampir keseluruhan satu Perlis nie kira Unimap punye la.. Kolej tempat tinggal aku jauhnye 20km++ ke kampus tempat study aku..
Wuarghhh.. Kalau kelas pagi pukul 8 pagi, subuh2 lagi kena bangun dah siap2 semua.. naik bas pukul 7.20..
kalau hang terlepas bas 7.20, alamatnya hang ada dua pilihan = (1)pergi kelas dengan keta sendiri @ (2)balik rumah landing atas katil terus Zzz..
Pilihan nombor satu (1) nampak macam pelajar yang berkaliber kan, kiranya pentingkan kelas la.. Nak attendance sheet dia penuh sign je, nak kena puji dengan lecturer rajin datang kelas ke.. Tapi kau bayangkan lah, minyak keta nak kena isi..dengan duit dok pokai je memangjang.. isi rm10, pergi kampus then balik ke rumah akan habes terus tank keta aku.. What the hell..! rm 10 tuh aku boleh makan 1 hari taw tak.
Pilihan nombor dua (2) adalah pilihan kegemaran ramai aku and the geng dan hanya boleh diambil kalau melibatkan kelas yang tak peting sangat. kalau kelas yang lecturer dia bosan tahap cipan yang suka membebel2 entah apa punca aku pon tak taw, sah2 aku and the geng akan ambik option nombor (2) nie.. hehe.. dan kalau melibatkan lab yang penting, maka pilihan nombor (1) akan menjadi keutamaan..
Korang jangan la anggap aku nih jenis student yang sambil lewa, anggaplah aku student yang berkaliber.. huahuahuahua.. At least aku buat jugak dua pilihan kan daripada terus balik rumah untuk tido..
Sebenarnye life sebagai student nie menarik dan sangat happening kalau korang tahu macam mana nak bagi jadi seronok kalau sesuatu malapetaka melanda.. apa yang penting, sabar duhulu, fikir jalan penyelesaian, dan ambil keputusan yang tepat..! Post2 yang akan datang maybe aku akan citer lagi pengalaman2 yang best sebagai seorang student.. sekian..
Jangan biarkan hidup anda diulit fantasi, hadapilah realiti..!
Muka tak tahan nak naik bas balik rumah.. kelas sampai petang
adalah satu benda yang tak best
19 comments:
mana gambaq ak??
mengantok kot kelas smpy petang ..haha ..
btw , header bru nie smart laaa :D
naim: hang xdak time nie.. camna nak ada
fathiah: siyes ngantok.. tido je dalam cluz..
smart ke? heh thx..
wahhh...cantik dah blog dia!!! keep it up bro!!!
huhu . awal ny bertolak kan
hehek
kesian betol
fuyoooo! abang eman pakai baju korea.
power la dia main futsal!
keli: thx bro..
aienz: bas unimap la pulun nak bertolak awal. haha
arip: maw taw ar.. har3
huiyoo...tuka header baru....rajin sunggoh...
semester baru..azam baru ma...jangan malas2..ehehehhe
tukar header baru tu kira azam 2011 kot.. heh
header baru wat aku rasa nak pukoi2 ang jaa.hahahah
mai ar pukoi kalau berani..! hahaha
cool giler header bro..salute2
thx gerrard..
header hang lagi cool.. :)
haha.. akulah salah sorg yg mengkritik. hehe
kritikan membina..
header baru lagi cantik..
header lama pun ok gak..
yeap2 mmg seksi sikit.. hehe :D
bas bintong xnak kalah...hahah :D
amirrah: sebab tu tukar, xnak sexy2 da.. haha
nurul: xleh kalah oooww..bas ni banyak berjasa. hee
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
Post a Comment